Pages

Thursday, 31 May 2018

DeadPool 2


    Kali ini, hanya kami berdua yang boleh masuk. Nampak x kat tiket tu? Sebenarnya ayat pertama dalam filem itu ialah 'Kan saya dah cakap, filem ini sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak'.


    Aku rasa di Malaysia ini banyak sangat penguatkuasaan undang-undang yang tidak perlu.Bagi aku sebagai ibu kepada 2 orang anak. Aku mahu anak-anak tahu menilai dengan membuat keputusan sendiri tentang sesuatu perkara seperti kejahatan atau kebaikan.

    Oklah nak cerita sikit mengenai Deadpool 2 ini iaitu tentang usaha Jade Wilson Alias melindungi seorang mutan muda dari perajurit penjelajah waktu iaitu Cable. Bagi menjayakan misi beliau telah menubuhkan team X-Force yang terdiri daripada Deadpool sendiri, Domino, Negasonic,Teenage Warhead, Bedlam.

    Bagi aku deadpool 2 ini banyak nilai-nilai murni yang dipamerkan terutamanya bab setia kawan dan tidak mementingkan diri sendiri.Walaupun baru kenal antara satu sama lain. Teamwork dan chemistry mereka tunjukkan amat mengagumkan.Tidak sekalipun keikhlasan dan keyakinan sesama sendiri diragui.

     Rata-ratanya sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan seorang kanak-kanak dari melakukan pembunuhannya yang pertama.Sekiranya ia berlaku, maka kanak-kanak tersebut menjadi ketagih untuk melakukan pembunuhan dan mengakibatkan dia menjadi penjahat yang paling dikehendaki.

   Dengan ini aku mengiyakan kebenaran skrip yang pertama iaitu filem ini sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. I will let my kids watch this filem.

TRAILER

No comments:

Post a Comment