Pages

Thursday, 31 May 2018

Awana Resort World Genting





Penginapan 3D 2N Awana Genting Resort pada bulan Ramadhan dan membeli belah untuk persiapan raya anak-anak di Genting Premium Outlet.

Seperti kebiasaan, tempahan hotel secara mengejut telah dilakukan pada 28.08.2018 jam 3.30pm. Booking dari 28.05.2018 sehingga 30.05.2018. Last minute booking huhuhu.

Lepas tamat kerja aku pon rushing ke Jalan Syed Putra mengambil puteri kesayanganku. Pada mulanya, dia telefon katanya tidak perlu ambil tidak mahu balik katanya cuti sehari sahaja dan di sekolah ada basketball tournament. Aku pon memberitahu cuti ni plan untuk shopping raya.Terus happy dan excited untuk join and cancel all plan dengan rakan sekolahnya.

Perjalanan dari Rawang ke Genting melalui jalan belakang mengambil masa sejam sahaja. Pada malam itu lebih banyak kereta yang turun dari Genting dari naik.

Check in hotel pula pada 11 malam dan semestinya terus zzzzz. Jumpa di entri berikut Pengalaman bersahur pada jam 4 pagi di Rajawali Restoran Awana Genting Highland.


No comments:

Post a Comment