Pages

Thursday 31 May 2018

Sekolahku Part 3


Ye. Remaja ketika ini semua hormon-hormon baik lelaki mahupun perempuan berubah. Begitulah juga denganku. Dari kurus kering melidi. Naik sahaja tingkatan 1 badanku bagai dipam-pam. Ditambah pula dengan jerawat yang tumbuh melata di seluruh mukaku. Pada ketika ini aku bersekolah di Sekolah Menengah St.Anne.

Ini aku sediakan serba sedikit tentang St.Anne.

ST. ANNE 1937

Sekolah Menengah St.Anne
ini telah mula beroperasi pada tahun 1948 di bawah pentadbiran Sister Francis Mary dengan enrolmen kelas peralihan (campuran lelaki/perempuan), Tingkatan 1 ke Atas (perempuan sahaja). Pengajaran-pembelajaran formal dilaksanakan di bangunan yang sama dan di bawah pentadbiran yang sama dengan Sekolah Rendah St. Anne.

Kemudian, bangunan dua tingkat yang mengandungi dua bilik kelas telah digunakan untuk pelajar sekolah menengah pada tahun 1956. Walau bagaimanapun, masih di bawah pentadbiran yang sama dengan sekolah rendah. Pada tahun 1971, Sr. Stella (FISC) dilantik sebagai pengetua Sekolah Menengah St.Anne.

ST. ANNE SECONDARY SCHOOL, FIRST BLOCK 1957

Pada tahun 1972, bermula pentadbiran berasingan apabila Pn. Gerada Hunggim dilantik oleh Jabatan Pendidikan Sabah menjadi Guru Besar di sekolah Rendah St.Anne. Sekolah Rendah St.Anne telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan dengan pegawai tadbirnya sendiri. Kerani asal Sekolah Rendah St. Anne telah berpindah ke Sekolah Menengah St. Anne. Walau bagaimanapun, akaun sekolah rendah masih dibuat oleh kerani asal (Pn. Grace Leong) atau dikenali sebagai Mrs Phoong sehingga tahun 1992.

Bermula pada tahun 1992, Sekolah Menengah St. Anne membatalkan pengambilan pelajar lelaki di Kelas Peralihan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkenaan bersaing dengan lebih baik dengan pelajar-pelajar lain di sekolah campuran.

Pada tahun 1994, Tingkatan Empat telah dibuka di sekolah ini dengan kemasukan seramai 56 orang pelajar yang 80% pelajar diambil dari SMK Membedai (sekarang SMK Mutiara – SSN) . Pelajar asal SM St. Anne telah mendapat tempat di sekolah lain di Labuan kerana pencapaian yang baik dalam PMR 1993. Pada tahun 1995, SM St.Anne telah menerima pelajar asalnya memasuki Tingkatan Empat kecuali yang mendapat tempat belajar di aliran Sains di sekolah lain. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1995.


Di samping bilangan bilik darjah hanya enam berbanding keperluan kelas yang banyak iaitu sembilan kelas pada tahun 1994/1995, sistem persekolahan dua sesi telah dimulakan pada tahun 1993. Pada tahun 1997, sekolah diubah semula kepada satu sesi.

Sehingga ke hari ini, SM St. Anne kekal sebagai sekolah harian biasa satu sesi dengan 12 kelas yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kelas menengah rendah sebanyak 6 kelas ( 2 kelas setiap tingkatan) dan menengah atas juga sebanyak 6 kelas ( 2 kelas aliran kemanusiaan dan 1 kelas aliran sains tulen setiap tingkatan).


Bagi mengatasi masalah kekurangan kelas, pihak pentadbiran sekolah telah menjadikan makmal sebagai sebahagian daripada kelas dan pelajar terpaksa bertukar-tukar kelas sekiranya kelas lain ingin menggunakan kemudahan makmal.

Aku bersekolah di sini hanya dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 2. Pada mulanya agak sukar juga untuk membiasakan diri dengan bahasa dan budaya di sini. Rakan-rakan sekolahku berketurun kedazan, iban, kedayan semuanya berbahasa *aouk* *ba* aouk ba...😉

Ketika di sekolah ini aku menjadi perpustakawan dengan memakai uniform kain berwarna cokelat. Berbezakan? Ketika di sini, aku aktif bermain bola jaring dan taekwondo. Selepas ini, aku akan memperkenalkan sekolah aku yang seterusnya. Banyakkan sekolah aku? Bukan sebab nakal atau dibuang sekolah ye.hihihi.

No comments:

Post a Comment