Pages

Friday 1 June 2018

Avengers Infinity War

6.10 petang
Di pejabat dapat last minute punya tugasan dari boss. Waktu di tangan adalah lebih kurang setengah jam lagi masa kerja tamat pafa hari ini. Malangnya melalui email tersebut kami dikehendaki untuk hantar report tersebut sebelum balik. Sedih betul. Lalu kami berempat pon menyiapkan tugasan tersebut dengan segera. Akibatnya, aku pun pulang lambat setengah jam.
Disebabkan husband cuti, dia pon mengambil kedua-dua anak kami pulang dari sekolah masing-masing. Dalam perjalanan pulang aku menerima panggilan telefon bahawasanya tiket telah pon dibeli. 
Sila rujuk gambar dibawah.
Aku pon yang sememangnya membawa kereta dengan laju menambah keupayaan untuk memotong kenderaan lain yang perlahan. Ini kerana kelajuan tidak boleh ditambah kerana jalan sesak. Laju mana sangat boleh bawa.Hanya mampu memotong sahaja.
Akhirnya aku tiba di destinasi.Cerita pon telah mula setengah jam yang lepas. Cerita Avengers pada kali ini terlalu banyak sangat babak pendek pergaduhan sekejap gaduh di sini sekejap di sana.Aku yang baru masuk ni pening lalat melihatnya.


Trailer

Infinity War merupakan film yang menyatukan seluruh superhero untuk melawan musuh utamanya yaitu Thanos dengan tangan kanannya yaitu Black Order yang terdiri dari Corvus Glaive, Proxima Midnight, Ebony Mawdan Cull Obsidian. Maka dari itu, sangat mudah bagi Thanos mendapatkan seluruh Infinity Stone.Yang tak boleh nak terima Thanos nak lihat matahari terbit seorang.

Nasib baik Adl Yousef tak buat perangai. Kadang-kala anakku yang bongsu ini takut tengok wayang. Puncanya cerita Rampage. Disebabkan keletihan dan cerita pon dah ketinggalan 30 minit. Jadinya rasa cerita yang penuh aksi ini ok tidak mengantuk.

No comments:

Post a Comment