Tuesday 5 June 2018

Part 4 : Sekolah Menengah Gunung Rapat (SMGR) Ipoh Perak


Assalamualaikum semua.

      Entri kali ini kita singgah pula di Gunung Rapat Ipoh, Perak iaitu bertempat di Sekolah Menengah Gunung Rapat. Sekolah ini terkenal sebagai sekolah sukan di negeri Perak. Aku menceburi diri dalam sukan Bola Jaring.

      Semasa di Tingkatan 3, aku pernah duduk di asrama selama 2 bulan. Pada ketika itu, bapaku sedang bertugas sebagai PBB di Bosnia Herzegovina. Akhirnya kerana asyik demam. Aku pun dikeluarkan dari asrama dan menetap bersama nenekku di Kampung Melayu. Setiap pagi aku akan mengayuh basikal ke sekolah.Keputusan PMR aku seperti biasalah cukup-cukup makan.

      Naik Tingkatan 4, aku memasuki kelas aliran Sains. Subjek yang paling aku gemari ialah Biologi dan Sejarah. Hihihi 😉. Selepas bapaku pulang dari berkhidmat untuk negara, beliau terus menukarkan sekolah aku huhuhu sebab nakal sangat kerana aku sengaja buat report card aku banyak merah (nakkan perhatian) 👿

       Bapaku ini pendiam tidak banyak cakap. Muka beliau merah padam ketika ambil report card dan tanpa huk ke hek ke beliau terus bertindak menukarkan sekolah aku. (Padanlah dengan muka aku!)😅 Next school, last la penutup Form 5. Tunggu Entri berikutnya.

 Pagar sekolah fly lalu pintu depan je boleh?

Image result for sekolah menengah kebangsaan gunung rapat ipoh

No comments:

Post a Comment