Sunday 15 July 2018

Ant-Man And The Wasp

Alhamdulillah.
Berjaya juga siapkan 28 entri. Diharapkan Semua subjek di semester satu ini lulus dan tidak perlu repeat paper.
Pelbagai rintangan dan caba//an dilalui demi menuntut ilmu di hujung minggu ini. Yang paling pasti di hujung minggu Tuan Polis setia menunggu di bawah jambatan sebelum atau selepas tol Sg. Besi. Maklumlah selalu bawa kereta memang laju. Sampai je di jambatan semua kereta pakat slow. Pada mulanya heran juga, tetapi kerana dah lambat nak masuk kelas tekan je minyak. Terkejut juga bila nampak lembaga berpakaian putih duduk mencangkung di tengah-tengah lebuhraya. 2-3 kali dah kene. Menanti surat saman dengan penuh sabar hahaha.
Oklah, berakhir sudah semester 1 ini. I wish all the best to all success for comin final ya! Nukilan sedang di tulis di Jumpstreet Asia. My kids having fun.
Please Jump Again 😉

Only this week yang me as a mother available for them. So mama will make sure both of my precious happy.

Jump high my precious 😗

After this, Ant-Man And The Wasp @ TGV Rawang...

Ticket

Story Ant-Man And The Wasp ni berunsurkan Action/ Adventurr dan Sains Fiksyen. Selepas "Kapten Amerika: Perang Saudara", Scott Lang bergulat dengan akibat pilihannya sebagai seorang pahlawan super dan seorang bapa. Ketika ia didekati oleh Hope van Dyne dan Dr. Hank Pym untuk misi yang mendesak, dia sekali lagi tidak mengenakan guaman Ant-Man dan perkelahian bersama Wasp, bekerjasama untuk menggali rahasia yang lama dikuburkan di masa lalu.


Monday 9 July 2018

INCUBUS LIVE IN MALAYSIA 2004

      

Incubus Live in Malaysia 2004 adalah yang keempat dalam satu siri live album Incubus, dan telah dikeluarkan oleh band pada tahun 2004. 

      Konsert ini telah diadakan di Taman Equestarian Bukit Kiara di Kuala Lumpur pada 16 Mac 2004 dan 8,000 orang. Dalam 8,000 orang tu termasuklah aku.
      Aku gilakan Incubus pada ketika itu bukannya apa. Ada someone bagi lagu 'I Miss you' pada aku. Hihihi...
      Pada malam itu band ini telah memainkan setlist sepert berikut :


  1. Megalomaniac
  2. A Crow Left Of The Murder
  3. Warning
  4. Consequence
  5. Idiot Box
  6. Just A Phase
  7. Priceless
  8. Wish You Were Here
  9. Pantomime
  10. Here In My Room
  11. Pistola
  12. Circles
  13. Vitamin
  14. Clean
  15. Talk Shows On Mute
  16. A Certain Shade Of Green
  17. Sick Sad Little World
  18. Bass Solo
  19. Are You In?


      Memang enjoy habis la malam itu. Actually, itulah 1st time aku start jadi kaki concert rock! Of course been influence by my husband. My husband is the best guitarist in my heart (poyo jer bunyi nyer) but its true.





Sunday 8 July 2018

Pangkor Laut 3D 2N 2017

Hi semua. Pernah pergi Pangkor Laut Resort dibawah YTL? For me, once in a life time bagi rakyat biasa seperti ku perlu bercuti di sini.
Dari mula kami di layan, tempat untuk menaiki boat ke Pulau Pangkor adalah tempat khas bagi yang membeli perkhidmatan ke situ. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Amat sesuai bagi percutian keluarga kecil kami. Bagi yang mempunyai anak kecil amatlah sesuai kerana esklusif khas untuk keluarga kita. Pada ketika itu, masih ingat lagi kami bercuti sempena menyambut lebaran pada tahun 2017. Disebabkan abang ipar dan kakak ipar masing-masing beraya di kampung mereka dahulu. Makanya sunyi dan kurang meriah sambutan pada tahun itu.

Bilik dari pandangan bawah

Lalu suami membuat keputusan untuk pergi bercuti. Macam biasalah semuanya last minute. Suami memang gemar membuat surprise begini. Hari Raya Kedua Aidilfitri kami pon bertolak dari Ipoh.
Di jeti khas tadi semasa menunggu bot kami dihidangkan dengan minuman dan tuala basah.
Setelah bot tiba kami menaikinya menuju ke Pulau Pangkor Resort. Tibanya di jeti barang-barang kami telah di bawa terus ke bilik. Haaa...tak check in lagi tau. Hihihi. Actually dah check in masa di lumut td 😁 Setelah check in di lobby kami pon menaiki van untuk ke bilik. View bilik kami sangatlah ohsem. For info, room such as Sea Villa's kids below 12 years old are not allowed. Ini sahajalah yang sedih. But for safety issue it's acceptable policy.
Katilnya sangat besar bayangkan kami berempat muat tido di satu katil itu. Ada juga extra sofa bed disediakan. The best part for the kids is excited with the oversized bathtub di bilik mandi.

View dari atas bilik

Hari pertama kami hanya berehat di bilik sahaja dan bersiap-siap untuk makan malam. Di sana mempunyai 3 restoran. Kami memilih untuk makan di Uncle Lim's Kitchen. Sedap dan semua ikan udang ketam fresh.
Keesokan harinya, kami bersarapan di cafetaria yang telah disediakan. Keluarga Melayu ada 3 sahaja termasuk keluargaku. The rest all foreigner. Maybe raya kan takde la ramai Melayu semuanya beraya hihihi.
Kemudiannya pada petang kami pergi ke pantai dengan menaiki van yang telah disediakan. Setelah puas mandi manda kami pun pulang ke bilik dan bersiap-siap untuk dinner. Keesokkan harinya, kami pun bertolak pulang ke Ipoh,Perak. Sambung beraya hahaha.Barang-barang hanya perlu tinggal di bilik sahaja dan akan di ambil oleh 'bellboy' yang bertugas.
Bagi sesiapa yang ingin honeymoon di sini. Silalah buat tempahan menggunakan link ini
http://www.pangkorlautresort.com
Sebelum beredar staff di situ memberi tips agar next time visit boleh gunakan  Residents' Package from the link given. Have fun!

Tenang dan indah private di sini


Thursday 5 July 2018

Universal Studio Singapore Day Trip

Singapore Day Trip for 2nd Time

   Haaa...kali ini pon pergi Singapore balik hari je. Kami sekeluarga menginap di Thistle Hotel Johor Bahru for 3 hari 2 malam. Lokasi hotel tersebut bukanlah di tengah kota. Sesuai untuk my family to rileks and spend our holiday there.

Thistle Hotel Johor Bahru

We hired chauffeur dan menaiki Starex from Johor Bahru to Universal Studio Singapore. Objektif utama ialah untuk celebrate our daughter birthday there. Birthday gift daripada papa.We spend time just to play and had fun at Universal Studio Singapore. Setiap permainan, masyaAllah kene beratur bagai nak rak la.Main nyer kejap je.huuuuuuu.

Universal Studio Singapore

   Pergi pon tak survey dulukan.Tak tahu pon ada Express Lane Ticket. Next time, tak tahu la bila kan...maybe tunggu Adl Yousef ni besar sikit boleh la pergi bawa dia pula. Paling best, of course la Transformers: The Ride.

Transformers


Singapore Day Trip

Singapore Day Trip for 1st time

   Ini kali pertama aku menjejak kaki ke negara bersebelahan dengan kita iaitu Singapore.
Pada waktu itu abangku yang dipanggil "Yoep" kapalnya berlabuh sebentar di Singapura. 
Abangku bekerja sebagai chef di Queen Mary 2.Setelah lama berlayar akhirnya kapal tersebut telah berlabuh di situ. Ahli keluarga dibenarkan untuk naik ke kapal tersebut.

Queen Marry 2

   Wahhhh...itulah my 1st impression. Macam kapal Titanic. Besar dan eksklusif. Kami sekeluarga pon di beri tour oleh abangku sendiri. Tetapi kehidupan abangku bukanlah senang. Walaupun chef tetapi beliau perlu mengangkat potato 5 - 10 kg and kupas semua tu. Every single cent his earn memang halal la. Tiadanya keje senang di dunia ni ye.
     Kalau nak diikutkan gaji yang diterima memang lumayan. Begitulah kehidupan, tiada yang mudah dan senang. Kena berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.

Ahmad Fadley my lil' bro

Friday 29 June 2018

Jurassic World First Eid 2018 -Fallen Kingdom


Alkisahnya, masa tu firsr day of Syawal. Selepas seharian beraya kita decide nak tengok movie cerita Jurassic World. So, lepas google and check, ada kosong dekat TGV AEION Klebang Ipoh yang sediakan khidmat kerusi beannie yang besar dan ekslusif macam sofa tu. So, kita book tiket untuk pukul 10.15pm. 


Tapiiii, sampai-samoai je dekat TGV, dah ada orang lain ambil tempat tu. Dissapointednya. Ingat boleh lah tengok sambil letak kaki dekat atas ke apa ke kan. Hihi. So, nak taknak kami terpaksa minta refund dan beli tiket tempat duduk biasa je pukul 11pm.

Sila isi borang di atas untuk refund

Best juga cerita Jurassic World ni. Mostly kisahnya berkisar tentang dinosour la.Walaupun banyak adegan terkejut-terkejut. My lil' prince Adl Yousef boleh rileks lagi la. Misi utama mereka adalah untuk menyelamatkan sebanyak mungkin dinosour daripada musnah akibat gunung berapi yang akan meletus. Tetapi akhirnya Owen Grady dan Claire dikhianati oleh boss mereka sendiri. Misi menyelamat itu adalah untuk kepentingan peribadi iaitu dengan melelong/membida dinosour ini kepada pengganas di serata dunia.

5 tiket kesemua

 Banyak kisah scene yang menarik dan paling penting mesej yang ingin disampaikan iaitu jangan mudah percaya pada orang walaupun kita rapat dengannya. Jangan tamak kerana ia akan memakan diri. Serta berbuat baik pada haiwan, dalam cerita ini dinosour dinamakan 'Blue' ini lebih mulia sifatnya kerana mengenang jasa Owen Grady yang telah menjaga dan melatihnya sejak kecil.


Saturday 23 June 2018

Lembang/Bandung/Jakarta Indonesia



Sespim Polri Lembang Bandung Indonesia

Permisi ya...this entri nak story pengalaman aku stay di Sespim Polri Limbang, Indonesia. Merupakan satu daerah kecil di Bandung. Ketika ini, aku mengikuti bapakku yang berkursus di sana selama 6 bulan. Ya 6 bulan aku ponteng sekolah. Darjah 5 ketika itu.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah menunggu penjual jamu yang akan datang singgah ke rumah dengan bakul jamunya digendong di belakang bahu. Aku dan arwah mama akan minum bersama-sama pada setiap pagi. Jadi tidak hairanlah jika tekakku ini bisa menerima hihihi kepahitan hidup seperti pahitnya jamu itu #tetiber.

Semasa di sana aku, bully (adik bongsu) arwah mama dan bapak sahaja berada di Indonesia. Manakala kakak aku bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar manakala abang aku berada di ITM, Shah Alam. Apabila holiday, mereka berdua akan datang join kami di sini.
Di luar kawasan Sespim Polri ini kebiasaanya ada kereta kuda dan motor setia menunggu pelanggan. Jika ingin ke Bandung kami sekeluarga akan menaiki kereta kuda.

Aku mempunyai ramai kawan di sana. Mereka amat peramah dan baik hati. Pada setiap petang ada sahaja rakan yang akan ajak bertandang ke rumah mereka. Di sebabkan cuaca di sana sejuk. Di depan rumahku penuh dengan bunga ros. Di bahagian perumahan polisi yang lain berada di bahagian dalam sedikit tetapi setiap rumah mesti ada kolam ikan yang dipenuhi oleh ikan emas.

Oh ya, di sana ikan emas untuk di makan ye. Walaupun aku pernah mencuba tapi itulah yang pertama dan terakhir. Tekakku tak bisa terima dong. Uwekkkkk...hahaha.


Tiga tempat sahaja yang masih diingati iaitu melawat Tangkuban Perahu Bandung which is cuaca surrounding sejuk dan berasap-asap kawah di bahagian bawah tu should be hot la.Di sepanjang jalan kiri dan kanan ada jualan anak patung kecil dam besar yang sangat murah, Taman Mini Indonesia Indah Jakarta dan Pantai Sawarna, Banten fuhhhh time ni terkejut dan takut sebab di Malaysia tak pernah tengok ombak laut tinggi macam ini. Lagipun waktu tu kecil lagi hihihi.