Monday 11 June 2018

Journey Live in Malaysia on 11 February 2017,

 Free standing depan stage,memang terpacak 1st row.


Entri kali ini jom kita berhibur di Concert Journey Live di Stadium Malawati  Alam, Malaysia 2017. Pada ketika ini, anak-anak tinggal bersama abang dan kakak ipar di Bandar Saujana Putra, Thanks bro & sis ur are awesome!

Line up pada malam itu ialah Neal Schon (ahli pengasas dan gitaris utama), Ross Valory (ahli asal dan bassis), Jonathan Cain (keyboardist), seorang lagi pemain yang berpengalaman, Steve Smith (drummer) dan Arnel Pineda penyanyi utama)

Nak story sikit mengenai Kumpulan Journey ini yang ditubuhkan pada tahun  1973 di San Francisco dan sehingga kini telah merakamkan 14 buah album serta meletakkan nama mereka sebagai kumpulanrock paling berjaya di Amerika. Sehingga kini setiap  album terbaru mereka terus gagah di carta Billboard .

Bermula dengan vokalis asal iaitu Gregg Rollie. Dan sehingga

kini mereka telah menggunakan pelbagai vokalis  lebih menarik ialah vokalis terkini mereka adalah daripada kelahiran Filipina , Arnel Pinelda  actually aku salute dengannya kerana suara sebijik macam penyanyi asal dan tidak dapat dinafikan beliau mempunya stamina yang cukup mantap.

Bersama Journey beliau telah merakamkan 2 buahalbum iaitu “Revelation” (2008) dan “Eclipse” (2011) dan kedua-dua album ini masih terus mengukuhkan Journey sebagai kumpulan rock sepanjang zaman .

Journey meneruskan perjalanan melalui 2 anggota asal mereka iaitu Neal Schon dan jugaRoss Valory dan dibantu oleh Jonathan Cain danSteve Smith . Dengan kontroversi kemasukkanpenyanyi Arnel Pinelda , Journey pernah mengatakan mereka adalah kumpulan antarabangsa dan bukan hanya tertumpu satuwarna sahaja .

Lagu terhebat mereka sepanjang zaman yang sehingga kini menjadi perhatian dan tumpuan iaitu “Don’t Stop Believin’” ia adalah sesuatu yang wajib di arena konsert selain daripada lagu-lagu hebat mereka iaitu “Any Way You Want It” , “Stoned In Love”, “Separate Ways (Worlds Apart)” , “After The Dall” , “Faithfully” dan pelbagai lagi.

The best moment ~ Guitar Picks yang dicampak oleh Neal Schon.

Overall, memang enjoy that night. Puas hati. Siap husband dapat picks from Neal Schon hikmah berdiri depan sekali. Ramai jugak artis yang datang menyaksikan konsert tersebut. Kerabat Pahang pun tidak ketinggalan untuk berada di situ juga. 

LAGU Favourite aku sudah tentulah "FAITHFULLY" dan Don't Stop Believin".

Macam biasa belanja sikit sedutan dari konsert ini thru my hp

No comments:

Post a Comment