Pages

Friday, 22 June 2018

Brunei Darul Salam

Entri bagi Brunei Darul Salam pula aku pergi ketika aku bersekolah di Labuan. Masih ingatkah kepada entri Sekolahku Part 3? lihat sini
  Haaa...2 tahun di Labuan bapak dan arwah mama bwak aku dan bully ke Brunei dengan menaiki bot. Agak seram juga naik bot itu. Laut pada ketika itu agak bergelora.

Kami pergi ke sana balik hari sahaja. ‘Kecil-kecil, cili padi’ cukup sesuai digunakan untuk negara Brunei ini, negara yang mewah dan kaya dengan minyak sehingga disenaraikan di dalam majalah Forbes sebagai negara ke-5 terkaya daripada 182 buah negara yang lain.Diantars tempat menarik untuk dilawati yang masih tersemat di fikiran ialah Jerudong Park dan Masjid Hassanal Bolkiah.

Bandar Seri Begawan


Bandar Seri Begawan adalah ibu negeri bagi negara yang kaya dengan hasil minyaknya ini. Pada asalnya dikenali sebagai Bandar Brunei namun ditukar nama untuk memberi penghormatan kepada Sultan Brunei yang ke-28, Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien III. Sekiranya anda menjejakkan kaki ke bandar gah ini anda dapat melihat pelbagai tarikan menarik terutamanya kilauan emas dari Masjid Omar Ali Saifuddien.
Memori aku hanya mengingati 3 perkara ini sahaja. Sorry la ye nak rewind balik semua kenangan bukanlah mudah. Ada beberapa keping gambar untuk semua. Dah alang-alang beraya di kampung. Memang mencari merata album. Nasib zaman dahulu semua gambar dalam bentuk hard copy. Tetapi sorrylah ye, gambar semua comel lote sangat segan nak share kt sini. Pada ketika itu bak Cik Siti Wan Kembang. Hihihi.

Jerudong Park

I was here in 1997

Antara tarikan menarik yang terdapat di Jerudong Park adalah, roller coaster yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur, ferris wheel yang mana anda dapat melihat kawasan sekitar taman seluas pemandangan bot pedal yang membawa anda mengelilingi sekitar tasik di Jerudong Park, carousel, bumper car, waterpark dan banyak lagi! Pada ketika itu memanglah rasa hebat dan seronok sangat maklumlah masih remaja ketika itu. Aku yakin sekarang Jerudong Park lebih banyak permwinanan baru dan lebih menarik lagi.

Masjid Hassanal Bolkiah 


Masjid Hassanal Bolkiah merupakan salah satu daripada 2 buah masjid negara di Brunei. Masjid yang dibina pada tahun 1992 ini memiliki 29 buah kubah yang menyilau keemasan terutama apabila tiba waktu malam. Boleh memuatkan 5000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini merupakan yang terbesar di negara ini. Bukan sahaja memiliki rekabentuk luaran yang mengujakan, dalaman masjid ini juga agak mewah, lengkap dengan eskalator khas untuk kegunaan sultan.

No comments:

Post a Comment