Pages

Tuesday, 29 May 2018

Sekolah Rendah Part 1



Assalamualaikum guys! πŸ˜ƒ


Bertemu lagi kita kali ini dengan kisah sekolah - sekolah rendah yang pernah aku menuntut ilmu. Kita mulakan dengan Sekolah Rendah Convent Batu Gajah. Tahun? Hmmm, payah pula nak kira hihihi.

Inilah Logo Sekolah Convent Batu Gajah, Perak

Gambar yang membawa seribu satu perasaan

.
Untuk makluman, aku bersekolah di sini dari Darjah 1 sehingga darjah 4 sahaja. Rumah sukan pula aku naungi Warna Kuning selama empat tahun.
Pada ketika ini, pembelajaran ku di tahap sederhana. Tidaklah terlalu tak pandaikan. Hanya tahap cukup-cukup makan sahaja.

Semasa aku darjah satu ramai betul kakak angkat. Pada mulanya aku pon tidak paham sangat kenapa nak berkakak angkat adik angkat ini. Walhal aku ada seorang kakak yang juga bersekolah di situ tetapi berada di sekolah menengah.

Dari darjah satu sehinggalah ke darjah empat aku ada hampir sepuluh orang kakak angkat...bayangkanlah kerana kebiasaannya kakak angkatku semuanya darjah enam. Bila mereka masuk tingkatan satu mereka pun lupakan aku.

 Cuma ada seorang kakak angkat yang masih diingati sehingga sekarang tetapi maaflah lupa pula namanya. Yang ku tahu hanya rumahnya di Batu Gajah itu kerana beliau anak anak orang senang di situ dan bapaku pula berkawan dengan bapanya. Rakan main golf.

Menurut bapaku kakak angkatku sekarang menentap di London. Pernah menjadi Model suatu ketika dahulu dan sekarang seorang peguam. Semoga kakak angkat ku itu sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang. Aamiinnn.

Nak tahu dimanakah destinasi sekolah rendah bagi darjah 5 dan darjah 6?



Stay tuneπŸ˜‰



No comments:

Post a Comment