Pages

Sunday 8 April 2018

BACK TO SCHOOL

Assalamualaikum w.b.t,

Hai semua, Salam Perkenalan.

MUQADIMMAH

Terwujudnya blog ini khas buat Prof Madya Dr Zaleha Yazid untuk kursus Aplikasi Komputer. Tugasan pertama, kami perlu mewujudkan blog ini disertai isi kandungannya sebanyak 28 entri. Memandangkan ini adalah kali pertama aku menulis blog, mohon maaf sekiranya ada salah silap kata yang boleh menyinggung perasaan pembaca sekalian. 

Untuk pengetahuan semua, umurku agak lanjut daripada rakan - rakan seperjuanganku yang lain. Rata-ratanya berumur lingkungan 23 - 29 tahun. Umurku pula telah telah menjangkau ke pertengahan 30-an. Kebanyakan kursus yang diikuti memerlukan penggunaan teknologi dan aplikasi yang terkini. Makanya bagi veteran sepertiku ini agak kelakar juga untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Dengan penggunaan teknologi dan aplikasi no KP dan sebagainya boleh digazetkan.

APLIKASi


Sebenarnya jika bukan kerana kehendak kursus yang diikuti memerlukan penggunaan aplikasi - aplikasi ini. Memang tidak akan ada nama aku di mana - mana media sosial. Sejujurnya aku tidak menggunakan perkhidmatan whatapps, telegram dan facebook. Inikan pula mempunyai blog sendiri. Bukan tidak mahu mengikuti peredaran zaman tetapi pengalaman mengajar aku kesemua kegiatan media sosial ini jika disalah guna lebih banyak keburukan daripada kabaikan. 

Terima kasih kepada UKM kerana memperkenalkan Telegram kepadaku. Bagi kursus Hak Asasi Manusia terciptalah Facebook atas nama diri sendiri. Aku mengambil masa yang lama juga untuk menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menggunakan kesemuanya.

I am BLOGGER

Buat Prof Madya Dr Zaleha Yazid, terima kasih di atas tugasan ini. Maka dengan ini aku secara rasminya menjadi blogger. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk melakukan aktiviti blogging ini. Terasa muda pun ada juga. 

Kami juga dikehendaki menggunakan Ipad yang telah diberi. Terkial-kial aku menggunakan Ipad dan i tune u. Masih belum mahir. Tugasan yang diberikan pun makin bertambah. Apa pun aku perlu berusaha dalam mengejar impian. Chaiyok!

Let's start our journey here.





No comments:

Post a Comment