Sunday, 8 July 2018

Pangkor Laut 3D 2N 2017

Hi semua. Pernah pergi Pangkor Laut Resort dibawah YTL? For me, once in a life time bagi rakyat biasa seperti ku perlu bercuti di sini.
Dari mula kami di layan, tempat untuk menaiki boat ke Pulau Pangkor adalah tempat khas bagi yang membeli perkhidmatan ke situ. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Amat sesuai bagi percutian keluarga kecil kami. Bagi yang mempunyai anak kecil amatlah sesuai kerana esklusif khas untuk keluarga kita. Pada ketika itu, masih ingat lagi kami bercuti sempena menyambut lebaran pada tahun 2017. Disebabkan abang ipar dan kakak ipar masing-masing beraya di kampung mereka dahulu. Makanya sunyi dan kurang meriah sambutan pada tahun itu.

Bilik dari pandangan bawah

Lalu suami membuat keputusan untuk pergi bercuti. Macam biasalah semuanya last minute. Suami memang gemar membuat surprise begini. Hari Raya Kedua Aidilfitri kami pon bertolak dari Ipoh.
Di jeti khas tadi semasa menunggu bot kami dihidangkan dengan minuman dan tuala basah.
Setelah bot tiba kami menaikinya menuju ke Pulau Pangkor Resort. Tibanya di jeti barang-barang kami telah di bawa terus ke bilik. Haaa...tak check in lagi tau. Hihihi. Actually dah check in masa di lumut td 😁 Setelah check in di lobby kami pon menaiki van untuk ke bilik. View bilik kami sangatlah ohsem. For info, room such as Sea Villa's kids below 12 years old are not allowed. Ini sahajalah yang sedih. But for safety issue it's acceptable policy.
Katilnya sangat besar bayangkan kami berempat muat tido di satu katil itu. Ada juga extra sofa bed disediakan. The best part for the kids is excited with the oversized bathtub di bilik mandi.

View dari atas bilik

Hari pertama kami hanya berehat di bilik sahaja dan bersiap-siap untuk makan malam. Di sana mempunyai 3 restoran. Kami memilih untuk makan di Uncle Lim's Kitchen. Sedap dan semua ikan udang ketam fresh.
Keesokan harinya, kami bersarapan di cafetaria yang telah disediakan. Keluarga Melayu ada 3 sahaja termasuk keluargaku. The rest all foreigner. Maybe raya kan takde la ramai Melayu semuanya beraya hihihi.
Kemudiannya pada petang kami pergi ke pantai dengan menaiki van yang telah disediakan. Setelah puas mandi manda kami pun pulang ke bilik dan bersiap-siap untuk dinner. Keesokkan harinya, kami pun bertolak pulang ke Ipoh,Perak. Sambung beraya hahaha.Barang-barang hanya perlu tinggal di bilik sahaja dan akan di ambil oleh 'bellboy' yang bertugas.
Bagi sesiapa yang ingin honeymoon di sini. Silalah buat tempahan menggunakan link ini
http://www.pangkorlautresort.com
Sebelum beredar staff di situ memberi tips agar next time visit boleh gunakan  Residents' Package from the link given. Have fun!

Tenang dan indah private di sini


No comments:

Post a Comment