Friday, 1 June 2018

UiTM Di Hatiku

Hi All,

Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma. Tamatnya zaman sekolah menengah, aku ditawarkan untuk sambung belajar pada tahun 2000 dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan di UITM Lendu, Melaka. Alhamdulillah rezeki untuk belajar dapat diteruskan lagi. Hehe.

Muka innocent kan hihi 😂

Dah lusuh kad Melaka

Ok aku nak cerita sikit pasal UiTM Melaka ni.


UiTM Melaka ni bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Lagu Universiti ku



UiTM DI HATIKU
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya...demi bangsa
Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti

Banyak suka duka aku lalui sepanjang berada disini. Lecturer yang paling sporting dan disayangi tentulah Ms Liz.Actually beliaulah penyelamatku.Al-maklumlah aku ni nakal orangnya😜 Apa yang penting aku berjaya grad walaupun bukanlah tahap pointer 3.8 😜apatah lagi Anugerah Dekan.Hihihi.

No comments:

Post a Comment