Thursday, 21 June 2018

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut Eid Mubarak Holiday 2018

View from Room 503

Hai...Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018. Alhamdulillah, kali ini kami bercuti di Swiss Garden Resort Lumut. 4 bilik semuanya all sea facing. Breakfast included.
Kami bertolak dari Meru Ipoh dengan konvoi 2 buah kereta pada jam 1 pm. Keluarga mertua serta Yoep dan Bully dari keluarga aku. Kami mulanya sesat hahaha then pakai google maps barulah sampai dalam 3.10pm. Dari luar nak masuk ke dalam 7km agak jauh jugalah. Dalam perjalanan masuk itu kami melalui dahulu kawasan golf. Kemudian jumpa pula Apartment kemudiannya Villa Stay dan akhirnya tiba di lobby hotel.



Lobby View

Sampai pon lewat apabila check in bilik kami belum ready. Jadinya dijamu ribena, hot drink, cake and popiah goreng. Disebabkan lama sangat menunggu kami pergi makan dahulu di restoran nasi beriyani located di area Aeon Manjung. Sekembalinya kami dari makan jam ketika itu 6 pm maka semua bergegas ke kolam mandi.


Paling happy my Adl Yousef

Setelah puas memujuk my little prince untuk keluar dari kolam mandi jam telah pun menunjukkan jam 8 malam. Kami pun bersiap-siap turun menikmati makan malam di hotel sahaja dek kerana terlalu penat. Tak mampu rasanya untuk pergi ke pulau pangkor ataupun lumut/manjung.




Sunset @ Swiss Garden Resort, Lumut

Keesokkan harinya, kami bersarapan di Garden Terrace Cafe berhadapan dengan pemandangab laut. Seperti biasa menu wajib adalah creal with milk, omelette dan nasi lemak. Ada juga roti canai, bubur, nasi goreng, rendang ayam, bihun sup dan paling best soya panas. Ada bermacam-macam desert juga. Not bad la variety of food. Tetapi adik kesayanganku Ahmad Fadley tidak mahu makan.Sedih agaknya teringatkan arwah mama. Kami sekeluarga selalu bercuti memandang bapakku gila golf. Until today at age 69 years old pon every morning pergi "menebas". As long you are happy bapak...:

 Beach Fun Time

Ada pelbagai aktiviti sukan disediakan seperti menunggang kuda, thrilling banana boat, beach buggy cars and fun rope yang panjang untuk jadi ala-ala tarzan tercampak ke laut. Overall this short vacation amat bermakna kerana kami berjaya berkumpul bersama-sama dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Kami check out around 1pm dan terus menuju ke lumut untuk shopping makanan laut (kering). That's all for now.

No comments:

Post a Comment