Pages

Friday 29 June 2018

Jurassic World First Eid 2018 -Fallen Kingdom


Alkisahnya, masa tu firsr day of Syawal. Selepas seharian beraya kita decide nak tengok movie cerita Jurassic World. So, lepas google and check, ada kosong dekat TGV AEION Klebang Ipoh yang sediakan khidmat kerusi beannie yang besar dan ekslusif macam sofa tu. So, kita book tiket untuk pukul 10.15pm. 


Tapiiii, sampai-samoai je dekat TGV, dah ada orang lain ambil tempat tu. Dissapointednya. Ingat boleh lah tengok sambil letak kaki dekat atas ke apa ke kan. Hihi. So, nak taknak kami terpaksa minta refund dan beli tiket tempat duduk biasa je pukul 11pm.

Sila isi borang di atas untuk refund

Best juga cerita Jurassic World ni. Mostly kisahnya berkisar tentang dinosour la.Walaupun banyak adegan terkejut-terkejut. My lil' prince Adl Yousef boleh rileks lagi la. Misi utama mereka adalah untuk menyelamatkan sebanyak mungkin dinosour daripada musnah akibat gunung berapi yang akan meletus. Tetapi akhirnya Owen Grady dan Claire dikhianati oleh boss mereka sendiri. Misi menyelamat itu adalah untuk kepentingan peribadi iaitu dengan melelong/membida dinosour ini kepada pengganas di serata dunia.

5 tiket kesemua

 Banyak kisah scene yang menarik dan paling penting mesej yang ingin disampaikan iaitu jangan mudah percaya pada orang walaupun kita rapat dengannya. Jangan tamak kerana ia akan memakan diri. Serta berbuat baik pada haiwan, dalam cerita ini dinosour dinamakan 'Blue' ini lebih mulia sifatnya kerana mengenang jasa Owen Grady yang telah menjaga dan melatihnya sejak kecil.


No comments:

Post a Comment