Pages

Tuesday, 12 June 2018

Deep Purple Live in Genting Malaysia 2010


Hari itu paling menggembirakan bagi aku selepas sekian lamanya tidak pergi ke konsert. Ada anak kecil waktu itu jadinya banyak berkorban untuk anak.

Kami telah meminta jasa baik ibu mertuaku untuk membantu menjaga anak kami. Perjalanan dari Damansara ke Genting tidaklah jauh mana. Tetapi ketika itu Duke 2 belum ada lagi ye hihihi. So kami menggunakan laluan MRR2.

      Kumpulan Rock Lagenda iaitu Deep Purple, band rock klasik legenda datang ke Malaysia Genting Highland untuk mengadakan konsert ntah kali ke berapa. Yang pasti this was not the 1st time.

     Kami bertolak ke Genting pada waktu petang dalam jam 3 pm. Setibanya di atas kami lepak dulu minum hot coffee sambil menikmati udara yang sejuk. Oh ya, ketika sampai hujan sedang turun renyai-renyai. Nasib baik tak lenjun.

Selepas pertunjukan bermula, terdapat banyak tempat kosong di pusat pentas, dan orang ramai mula bergerak ke hadapan, kami juga tidak melepaskan peluang dan berpindah ke seat depan dan tengah  untuk melihat stage dengan lebih baik.

Deep Purple in Colour

Pertunjukan bermula dengan lagu yang kuat dan popular, Highway Star. Orang ramai mula bersorak apabila muzik bermula


Dari Kiri: Roger Glover, Ian Paice, Ian Gillan, Steve Morse & Don Airey

Sesi jamming

Keseluruhan konsert itu best, tetapi nak layan dalam keadaan duduk macam weird sikit la. I think i prefer to stand. Saat yang paling gila adalah ketika Smoke On The Water bermula, semua orang ramai bersorak dan menyanyi bersama-sama.


No comments:

Post a Comment