Percutian Ke Beijing, China Pada Tahun 2005
Ini sahajalah kenangan yang tersimpan rapi
Ini adalah 1st trip bersama husband. Company husband membawa staff dan spouse. Bagi sesiapa yang mahu membawa anak kenalah mengeluarkan duit sendiri. Jadinya, rata-rata hanya membawa isteri atau suami sahaja. Ada juga yang bawa tunang hihihi.
Penginapan, makan minum untuk breakfast, lunch dan dinner serta pengangkutan ditanggung beres. Hanya perlu bawa duit untuk shopping sahaja. Pada ketika itu ekonomi tidaklah begitu stabil. Al-maklumlah lebih kurang setahun usia perkahwinan. Bawa duit poket pon seribu dua sahaja. Shopping pon ala kadar sajalah.
Oklah mari kita lihat itenary :
HARI 01: KUALA LUMPUR / BEIJING (MT / MM)
Tiba di Beijing pada awal pagi, bertemu dengan Pemandu Pelancong Tempatan yang mempunyai pengetahuan tentang budaya orang Islam. Kemudian memulakan lawatan ke Dataran Tian’an Men (Tian’an Men Square) yang merupakan dataran yang terbesar didunia ianya bersempadan dengan bangunan “Chaiman Mao’s Musoleum” & Great Hall of People. Seterusnya ke Kota Larangan (Forbidden City) , ianya Istana larangan yang merupakan kediaman Maharaja China dan ianya dibina ketika pemerintahan Maharaja Liao Dinasti. Makan Tengahari di Restoran Tempatan. Kemudian menunaikan solat di masjid yang paling terkenal di bandar itu iaitu “Niujie Mosque”. Selepas Solat melawat ke Silk Show Room - Kilang Sutera & Chinese Herbal Center - Pusat Perubatan Cina. Makan Malam di restoran tempatan. Selepas makan malam, lawatan diteruskan ke Pertunjukan Akrobatik.
HARI 02: BEIJING (SP / MT / MM)
Selepas sarapan pagi di Restoran Muslim , lawatan di teruskan ke Tembok Besar China (Great Wall) dan anda akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan Tembok Besar ini. Anda diberi peluang bergambar kenangan (gambar berkumpulan) disini. Kemudian makan tengah hari di restoran muslim berhampiran dengan Tembok Besar China. Seterusnya kita solat jamak di Musolla. Kemudian bergerak pula ke “Jade Center - Kilang Jade”. Selepas makan tengahari meneruskan lawatan ke Stadium Bird Nest, Jewelery City - Kedai Barang Kemas, Cookroom Appliance Shop - Kilang Perkakas Memasak”. Makan Malam di restoran tempatan
HARI 03: BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan pagi di Restoran Muslim. Melawat Ke Istana Musim Panas Maharaja China (Summer Palace). Makan tengahari di Restoran Tempatan. Solat Jamak di Madian Mosque. Seterusnya melawat Pearl Center - Kilang Mutiara membeli Cenderamata. Makan Malam di Restoran Tempatan.
HARI 04: BEIJING (SP / MT / MM)
Sarapan pagi di Restoran Muslim. Membeli belah di Sunny Gold Street dan Makan Tengahari ni Restoran tempatan.Seterusnya ke Acrobatic Show @ Chaoyang Theatre. Makan Malam di restoran tempatan.
HARI 05: BEIJING (SP / MT / MM)
Sepenuh hari membeli-belah di Xiushui Street , Hongqiao & Tianya Market. Free and easy.
HARI 06: BEIJING / KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, daftar keluar Hotel. Selepas sarapan terus menuju ke Lapangan Terbang Beijing. Tiba di Kuala Lumpur pada 1040 malam
Just nak share 3 things here, yang utamanya toilet pada ketika itu adalah open maksudnya tiada pintu...hihihi😓 memang redha je la...sambil jalan nak menuju destinasi kenalah menonton adegan yang tak %&#xzxxzxggxgj %#% haaa camtu tengok je la apakan daya. Tiba gilitan kita pula kahkahkah...malu weiii. Nak buat camne???
Yang keduanya, camera aku baru beli lesap kat airport sebelum balik dari beijing ke KL. Hmmmm abes semua gambar. Dah la pelbagai pose di ambil. Dengan jasa baik rakan-rakan sekerja yang lain pon mula la dermakan gambar-gambar kami berdua.Sadis😔
Ketiga, food kat sini manis okey. Bagi yang kuat makan pedas macam aku ni. Jawabnya lebih baiklah puasa saha di sana. Restaurant makanan halal banyak tetapi tekak aku yang berasal dari kampung ni tidak lalu nak telan food di Beijing ni. Harap maklum.
Jadi la. Rezeki itu Allah yang tentukan. Dapat pengalaman tapi gambar sipi2 je huuuu.
No comments:
Post a Comment