Sunday, 3 June 2018

Bersahur di Restoran Rajawali Awana





Kami bersahur pada hari pertama di restoran pada 4.20 pagi. Aku lihat adalah 5 hingga 6 keluarga datang untuk bersahur disitu. Sudah pastilah mereka yang menginap di hotel kerana kalau semata-mata datang dari jauh untuk bersahur macam tidak berbaloi pula.

Oklah, hari ini menu yang disajikan enak-enak berlaka. Tetapi sayangnya aku tidak makan puyuh masak merah dan juga ikan patin masak asam pedas serta sayur campur.Sudahnya ambil kuah saja dimakan dengan nasi. Sup dagingnya pula sangatlah sedap.Walaupon dipotong dadu tetapi sangat lembut ketika dimakan.




Anak-anakku pula macam biasalah akan makan cereal koko crunch dan corn flakes.Air pula fresh oren dan segala jenis coffee. Tetapi pilihan aku sudah tentu teh tarik sejuk-sejuk begini.

Untuk yang mahu diet ada juga disediakan salad dan pelbagai aneka roti dan kek.

Misi hari ini untuk selesaikan persiapan hari raya tahun 2018. Diharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Pada petang pula sesi ke kolam renang untuk anak-anak mandi manda.😀



Sahur hari kedua

Kosong. Tiada orang yang datang makan sahur.
 
Kemungkinan kerana hari ini adalah weekdays. Iaitu hari bekerja. Seemasa aku tiba di restaurant tiada siapa yang sedang makan. 
Aku pun terus ke meja buffet untuk mengambil makanan. Wahhhh, enaknya makanan pada hari ini.

Menu hari ini adalah ayam masak kicap, pajeri nenas dan kari daging. Sedap dan enak masakannya dagingnya pula amat lembut.
Kesemua makanan belum pun dijamah. Terfikir pula ada profit ke buat macam ini? Harap-harap makanan yang berlebihan ini tidak dibuang dan disedakahkan kepada pekerja atau yang tidak berkemampuan.


Menu utama
                 .      
Dessert
                              

No comments:

Post a Comment